Hari Sebagai Pelajar Tingkatan Enam (6)


- Tidak semua orang menyukai untuk kembali bersekolah selepas 11 tahun bersekolah , namun apakan daya demi mengejar cita-cita bak kata orang lautan api sanggup kuredahi , lautan mimpi sanggup ku kejari , mungkin atas dasar itu ramai yang memilih form6 sebagai aliran teras mereka. Tidak kurang saya , saya sebenarnya lebih gemar mengambil langkah yang lebih selamat iaitu mengambil diploma , tapi apakan daya kehidupan di form6 umpama jelatang yang terpaksa ditempuhi , mungkin ada yang tidak bernasib baik mereka tidak ditawarkan apa-apa pun demi meneruskan cita-cita mereka, mungkin ramai yang memandang remeh akan form6 ini tapi apakan daya mungkin Allah S.W.T hanya ingin menguji hambanya sedangkan Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untuk hamba-Nya. Pada awalnya saya tidak lah terharu dengan tawaran ini , akan tetapi form6 ini saya letakkan sebagai " tempat kecemasan " sekiranya tidak diterima dimana-mana. Apa yang terbaik pada hari pertama pendaftaran saya menilai form6 adalah satu-satunya tempat terbaik dalam menjamin masa depan saya di IPTa untuk menyambing ijazah , walaubagaimanapun risikonya tetap tinggi dan berbahaya berbanding Diploma dan sebgainya, mungkin ini akan mengubah cara saya mengendalikan hidup ini dengan bertindak lebih matang dan rasional , apapun saya tidak langsung risau kerana di sekeliling saya ada  individu yang menjadi pendorong untuk saya teruskan hidup saya dan yang terbaik saya bangga memiliki mereka.

Aksi Kandid ketika menggayakan sepersalinan Tingkatan Enam UPTES

dan dalam masa yang sama saya juga ingin membuktikan kepada sesiapa yang memandang rendah form6 ini bahawa bila mana pelajar diploma sedang berada ditahun akhir saya pula telah berada selangkah kehadapan dimana saya di tahun pertama ijazah ,Hopefully it'll become reality....

0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...