Program Berbuka bersama Anak-Anak Yatim

CHERAS - 18  AUGUST 2011 , satu program berbuka puasa bersama anak yatim (Program Kasih Nur Ramadhan) yang dianjurkan oleh Persatuan Majlis Usrah Pelajar Islam (MUPIS) Institut Profesional Baitulmal, Program yang bermula seawal 3.30 P.M. - 12.00 A.M , yang bertempat di DEWAN YPC (Yayasan Pendidikan Cheras) , turut dihadiri oleh tetamu VIP antaranya Ketua Eksekutif IPB , Ketua Warden Asrama , dan beberapa Eksekutif HEP yang lain , turut memeriahkan majlis anak-anak yatim dari beberapa buah rumah anak yatim dari sekitar Bangi dan Banting.

Persemahan Mantap dari Anak Yatim yang Menyertai Program Kasih Nur Ramadhan


 Program yang bermula dengan acara tadarus al-quran oleh siswa IPB dan beberapa qariah lain. selepas itu program berlangsung dengan ucapan dari pengarah program dan ketua eksekutif dan ceramah dari salah seorang siswa IPB. Kemudian semua tetamu diberikan sebiji kurma dan secawan air untuk berbuka puasa dan diteruskan dengan acara solat maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan makan secara berdulang , selepas itu , kami dihiburkan dengan beberapa persembahan dari beberapa rumah anak yatim , selepas acara persembahan oleh anak yatim , acara solat isyak dan terawikh mengambil tempat dan selepas diikuti program tersebut terdapat hidangan malam , iaitu bubur kacang dan kopi. Turut hadir membuat liputan dalam acara gilang-gemilang tersebut ialah FARHAN AZIZI SIMASADI selaku jurugambar untuk SIDRIPB

Farhan Azizi yang bertindak sebagai "Photographer" pada malam itu

 dan Media lain , turut hadir sama wartawan SIDRIPB, MUHAMMAD FAZREEN MAZLAN dan FAIZ ZAINAL ABIDIN .

0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...