You LIAR !!!

Peacee Yo(!) ^_^v



Ehee . Dalam dunia ni memang tak lari daripada pernah menipu walaupun sekali . Ah ! Betul ? Err . Ye lah kot . I think so . hek3 . Berbohong merupakan salah satu perilaku yang tidak baik .  Paling umum dilakukan oleh semua orang baik orang tua atau anak muda , bahkan budak-budak pun suka berbohong jugak kan ? HEHE .

Namun, korang seharusnya mampu memahami apakah seseorang yang bercakap dengan korang itu berbohong ataupun tidak. Kalau tidak , korang akan mudah ditipu oleh orang lain. Satu masalahnya adalah bagaimana cara korang nak tahu mereka berbohong atau tidak? Dari semua perilaku manusia, mungkin berbohong adalah salah satu perkara sukar untuk dikesan .

Namun, ada beberapa perkara yang dapat membantu korang cara mengesan ketika seseorang itu sedang berbohong . Nak tahu ? Jom terjah satu-persatu !


1. Gugup. 
Berbohong memiliki gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam berbagai situasi ketika kita berniat untuk berbohong , kita mudah merasa gugup , dan waktu itulah masa untuk menutup kesalahan . Anda pernah begitu ? Anda sahaja yang tahu . haha .

2. Perhatikan bahasa tubuh. 
Lihat dan perhatikan bahasa tubuh dan posture seseorang  yang kelihatan seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh hidung merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong atau pun tidak . Tapi , jangan pulak kalau dia gatai kat bahagian hidung . Diorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu ! haha . 

3. Gelisah berlebihan. 
Perhatikan jika seseorang yang korang curigai berbohong , menggaru-garu atau menggesek pakaiannya . Err . Kebanyakan dan selalunya , perbuatan sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbonong ataupun tidak . Ishk , kalau dah tahu itu boleh nampak sangat nak berbohong , boleh pulak digesek2 pakaiannya . haha . Kelakar lah .

4. Senyum berlebihan. 
Di samping dari kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu sedang berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak ketika mereka mengatakan yang sebenarnya . Ah , dah sah pembohong .

5. Percaya pada naluri.
Haa . Ini penting kan ? Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang berbohong , kit juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri . Mungkin betul jika pepatah orang dolu-dolu mengatakan , "jika anda mencurigai seseorang berbohong, mungkin anda benar." . Err . So , ikut lah naluri hati korang tu ye :)

6. Muka kelihatan bingung.
Semasa dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut. Nampak je muka dia ala~ala bingung and tergagap masa nak cakap  , dia menipu lewtew :)

7. Menganggukkan kepalanya.
HEHE . Ada jugak yang suka mengangguk-ngangguk kan kepalanya .  tanya , dia angguk-angguk je macam sedang berbohong gitu . hek . Ramai macam ni kot ?

8. Selalu beri penjelasan yang tidak penting.
Err . Dah sah pembohong . Kita tanya sesuatu benda yang spesifik . Yang dia pergi jawab benda tu , tapi , bagitau dengan lebih detail dengan cakap laju-laju bagai sedang nyanyi lagu rap tu . ahaha . Orang nak satu jawapan je . Dia pergi jawab panjang berjeler-jeler . Ah !

9. Bila berjanji , sering mengingkari.
Ni selalu ada pada lelaki kot ! Opss* Maaf . haha . Masa tu , bersemangat haa janji itu ini konon bagi harapan yang GAHHH ! . Padahal , bila dah dapat sesuatu yang dikehendakinya , err biasanya lupa akan janji manisnya dahulu .

10. Mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Err . Biasa lah tu . Tak buat sesuatu benda tu . Tapi , diperbesar-besarkan hasil usaha yang dilakukannya itu . Contohlah , dia kata nak kemas satu rumah , atas bawah . Sapu luar , belakang rumah . Ah  , padahal , kemas bilik je . Err . Siapa yang gini ? haha . Siapa makan cili , terasa lah pedasnya . Opss *


Amacam . Dah tahu siapa yang suka bohong anda ? ekeke . Kelembai biasanya selalu sangat tahu orang yang suka berbohong ni . So , jangan lah nak tipu-tipu Kelembai . Err . (Berlagak nya!)
HUHU . #Kidding je lah :)

0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...