CEO Fersio Creative Works Dikejarkan Ke Hospital


Farhan Azizi
TELUK INTAN - Malam tadi Farhan Azizi Simasadi, dikejarkan ke Hospital Teluk Intan , susulan masalah pernafasan yang tidak normal, beliau (Farhan) , mengalami masalah sukar bernafas secara normal (melalui hidung), pada malam tadi. Farhan (gambar), mengadu kepada ibunya Zahrah Bahari, selepas pulang dari makan malam di luar bersama rakan-rakannya di Port Cafe, Bandar Baru Teluk Intan, dekat sini. Dia (farhan), dikatakan pulang dan kemudiannya mengadu mengenai masalah pernafasan yang dihadapinya. Susulan itu, Farhan Azizi Simasadi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fersio Creative Works merangkap Pengarah Eksekutif Divisyen Media Baru kemudiannya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan hospital berkenaan, sambil ditemani ibunya menggunakan kenderaan peribadi milik keluarganya. Beliau yang sebelum ini kerap mendapatkan rawatan di beberapa klinik pakar disekitar , Teluk Intan dan Kuala Lumpur bagaimanapun terpaksa menerima bantuan pernafasan oksigen selain satu suntikan antibiotik bagi menstabilkan kesihatannya. Bagaimanapun, beliau dibenarkan pulang ke kediaman keluarganya selepas hampir satu jam menerima rawatan tersebut. Ibunya Zahrah Bahari (Gambar)
Zahrah Bahari
melalui kenyataannya berkata doktor yang merawat anaknya mengesahkan , kejadian ini berpunca dari cuaca sejuk malam yang dihadapi oleh anaknya itu selain, masalah obesiti dan selesema yang berlarutan dari minggu lepas lagi. Bagaimanapun doktor , Dr. Ahmad Haris Ahmad Jamil menolak dakwaan hal ini terjadi susulan kemalangan kecil yang berlaku di Taman Cemerlang arah Simpang Empat , Hutan Melintang ke Teluk Intan, minggu lalu, .Menurut doktor , beliau (Farhan Azizi) akan menjalani, ujian di Klinik Pakar ENT dan Klinik Pakar Dada,  Di Jabatan Pesakit Luar, selasa minggu hadapan. Katanya. Fersio Creative Works, merupakan sebuah syarikat media baru mengukuhkan kedudukannya, dimana Farhan Azizi Simasadi adalah pemegang ekuiti kedua terbesar dalam syarikat tersebut selepas Nadzrin Muhaimin Hussin yang merupakan Pengerusi syarikat tersebut.
Hospital Teluk Intan 

0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...