Percutian Yang Menyeronokkan


- okay kali ni paan nak kongsi sikit apa yang berlaku sabtu dan ahad yang paan hilang ni... 
pergi bercuti la... tapi benda ni banyak sangat nak cerita .. dua hari yang sungguh padat , dua hari yang sungguh mengharukan dan dua hari yang mengujakan akan paan kongsi secara eksklusif khas untuk korang okay... kita akan jadikan ini macam berita sikit... ni practice untuk comunication skill eh !!!


Masjid Besar Bagan Serai


BAGAN SERAI - telah berlangsung satu majlis kesyukuran meraikan hari ulangtahun Farhan Azizi ke-18 pada 12 November yang lalu ,di kediaman rasmi nendanya, majlis tersebut dilangsungkan selepas mendapat keputusan dari neneknya Hjh. Tengku Wan Jameah bt. Hj. Tengku Wan Ismail, Majlis yang diadakan pada sebelah malam 12 November 2011 itu memulakan persediaannya seawal jam 10.45 pagi selepas keputusan untuk mengadakan majlis itu dibuat pada jam 8.26 pagi pada hari yang sama. Persiapan juadah untuk hidangan tetamu disediakan ahli keluarga Farhan Azizi Simasadi dengan kerjasama seramai lebih 10 orang penduduk tempatan. Persiapan yang mengambil kira hidangan kepada tetamu hingga ke hiasan kediaman itu dilakukan dalam masa singkat. Seri ceria jelas terpancar pada wajah Farhan Azizi yang bakal menghadapi hari bahagianya dan turut membantu kerja-kerja menyiapkan majlis tersebut. Majlis yang dirancang dan dihoskan oleh datuk dan neneknya Hj. Jumain bin Abdul Samad dan isteri Hjh. Tengku Wan Jameah bt. Hj. Tengku Wan Ismail itu melibatkan kos hampir RM 4000. Majlis yang dimulakan secara tertutup seawal jam 6.30 petang menyaksikan Farhan Azizi dibawa ke Masjid Besar Bagan Serai bagi menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Solat Fardhu Isyak bersama qariah masjid yang lain selain datuk dan bapanya Simasadi Jumain. Sementara ibu Zahrah Bahari dan neneknya menyiapkan persiapan majlis tersebut dirumah. Sempena Resepsi Majlis Kesyukuran itu juga kawasan sekitar rumah kediaman bertukar wajah apabila  ruang landskap yang sebelum ini dihiasi warna kegemaran neneknya iaitu merah bertukar wajah apabila bunga orkid ungu putih mengambil tempat, dan bermandikan cahaya lilin serta pelita yang sungguh istimewa disekeliling kolam ikan kecil yang ditempatkan taman mini ini. Manakala melangkah masuk ke kediaman dua tingkat yang bernilai hampir RM 600 000 yang dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih ini, rona merah putih yang sebelum ini memenuhi ruang tamu utama serta ruang tamu keluarga kini didominasi rona ungu dan putih yang sungguh ceria . Farhan Azizi dan Ahli Keluarga yang mengenakan busana rona ungu dan merah jambu memeriahkan kediaman ini. Kira-kira jam 9.00 malam majlis ini dibuka kepada tetamu , Farhan Azizi yang tiba bersama datuk dan bapanya disambut dengan paluan kompang dari kumpulan kompang belia kampung  tersebut seterusnya masuk ke ruang tamu utama untuk memulakan majlis. Majlis yang dihadiri oleh kira - kira 30 orang tetamu terdiri dari Ahli JKKK (Jawatankuasa Kemajuan Kampung Matang Jelutong), penduduk sekitar dan Qariah dan Imam Besar Masjid Besar Bagan Serai yang mempengerusikan majlis kesyukuran itu , bacaan doa selamat serta doa kesyukuran mengambil tempat seketika selepas semua hadirin yang hadir duduk memenuhi ruang tamu utama dan ruang tamu keluarga, sementara itu golongan hawa menyiapkan juadah diruang dapur. Selepas selesai bacaan doa tersebut, tetamu dihidangkan dengan juadah istimewa iaitu nasi tomato bersama aneka lauk yang lain. Menariknya juadah tersebut dihidangkan mengikut sunnah nabi iaitu makan dalam dulang. Konsep islam moden tradisi diterapkan pada majlis tersebut dikatakan 'kena' dengan cita rasa penduduk sekitar yang nyata selesa menghadiri majlis tersebut. Selepas selesai majlis tersebut berlangsung Farhan Azizi bersama bapa dan datuknya menyambut kepulangan tetamu dengan bersalaman dengan mereka. Tetamu yang hadir juga turut diberikan bingkisan yang dinamakan sebagai Seri Balas yang berisi manisan serta cenderahati lain. Majlis Kesyukuran  itu bagaimanapun tamat sekitar jam 10.55 malam. Hjh. Tengku Wan Jameah yang senang disapa 'wan' bagaimanapun menegaskan "majlis ini merupakan majlis tradisi keluarga ianya diwarisi turun temurun dimana setiap anak dan cucu berumur 18 tahun mesti diraikan walaupun dalam keadaan serba sederhana". Majlis kesyukuran ini merupakan majlis ketiga selepas sepupunya Siti Hasfizzah Hasma 21 yang meraikan majlis kesyukuran yang pertama diraikan untuk cucunya pada tahun 2007 , selepas itu Muhd Hafizi Fahmi 19 yang  diraikan pada tahun 2010 dan kini giliran Farhan Azizi pada tahun ini. Farhan Azizi ketika ditemui dimajlis itu berkata "saya sebenarnya tak tahu nak kata apa, pagi tadi saya dapat berita majlis doa kesyukuran ini akan dilakukan malam ini, dan dalam fikiran saya majlis doa biasa yang dilakukan pada setiap tahun , akan tetapi majlis ini adalah terbaik dan ini adalah hadiah istimewa yang dihadiahkan oleh nenda saya, saya terkejut juga sampai wan boleh panggil orang kompang sekali macam saya kahwin pula" katanya dengan penuh gembira.



- so itu la ceritanyer ... seronok .. teruja tak tau nak kata apa .. tapi sayangnya , tiada sebarang "bingkai masa" ditangkap bagi diadaptasi sebagai kenangan.

6 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Anonymous said...

[url=http://howtobuyclomidwithoutprescription.com] Buy Clomid[/url]

http://howtobuyclomidwithoutprescription.com


Buy Clomid online

Anonymous said...

I do trust all the ideas you have offered in your post.

They're very convincing and will certainly work. Still, the posts are too brief for starters. Could you please prolong them a little from subsequent time? Thank you for the post.
Also visit my blog post ; Basement Flooring

Anonymous said...

What's Happening i'm nеw to this, I ѕtumbled upon thіs I've discovered It absolutely useful and it has aided me out loads. I am hoping to contribute & help different customers like its aided me. Great job.

My page ... payday loans

Anonymous said...

Ηі there! I јuѕt wish to give yоu а hugе thumbs up for the excellent infoгmatіon you have got heгe on thіs
рost. I am геtuгning tο your site fοг mοre ѕoon.


Hеrе is mу site ... quick loans

Anonymous said...

I used tо bе ablе to finԁ good adѵicе
frоm youг blog poѕts.

my web site ... Instant Payday Loans

Anonymous said...

This is my fiгst time pay a visit аt hеre anԁ і am іn fact pleassаnt to rеaԁ аll аt onе
plaсe.

Visit my wеbѕite New Bingo Sites

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...