Sepetang Membeli Belah bersama Mama (BEST SANGAT)



The Store J.A.C (Jalan Ah Cheong), Teluk Intan




hari ini (semalam) Selasa >pukul 12.45 ptg lebih kurang cam tula , abg shopping bersama mama di The Store , tu yang sebelah ni la ,.. kamo mulakan dari tingkat atas sekali tingkat 4. Dengan tujuan nak beli barang keperluan abg paan yang tercatat seperti berikut :-

> Fail
> Mangkuk
> Cadar
> Baju dan Seluar
                                                                         > Sabun basuh baju and cecair pencuci , keperluan mandi

kita mulakan dulu dari tingkat atas dengan barang nak di cari ditingkat  4 iaitu fail , mangkuk dan cadar

FAIL
- mama sibuk pilih fail yang murah dan berkualiti , sementara abg pilih fail yang berkualiti , cantik and murah !! , nampak macam ada percanggahan apapun keputusan untuk membeli fail dicapai selepas setengah jam memilih dan masukkan dalam bakul

MANGKUK
-nie department yang paling mama abg paan suka sangat dy jadi ceria sikit kat department ni , tujuan asal nak cari mangkuk plastik biasa yang berharga lebih kurang RM 5.00 jer , tapi dh sebab kan mama yang pilih ish,ish habislah RM 14.00 just for one bowl that made by ceramics , yang berat tu... dah macam pegang tile rumh dah , sambil tu tengok set pinggan mangkuk, periuk dan seterika tapi yang bestnya tu kat situ jer makan masa 45 minit... tp barang yang dibeli ialah mangkuk jer !

CADAR
- yang nie paling complete kalau mama pilihkan , mama akan pilih berdasarkan , kualiti benang yang digunakan, berapa thread count , berapa pillowcasa and saiz berapa bedsheet dia , kalau boleh nak beli zip yang setinggi 25 cm apa bila disarungkan , bunyi seakan rumitkan , asalnya nak dicari hanyalah RM 35.70 dari modern art , penyudahnya , cadar yang dibeli ialah koleksi Una Bella dari Akemi yang beharga RM 129.00 nampak banyak sangat pembaziran dia kat situ, nasib baik ada discount 30% yang ni jer ambil masa 1 jam siap bentang sekali corak cadar , pening kepala promoter tu keluarkan , masukkan !!!

kita beralih pula ke tingkat tiga department baju lelaki

BAJU DAN SELUAR
- the store ni biasanya pilihan untuk mencari baju dan seluar bagi saiz seperti abg... hahaha , cari baju lagi makan masa dimana abg yang pilih sendiri , mama yang "sudah masak" dnegan perangai abg memilih hu , 1 jam 30minit , just untuk dapatkan 2 helai baju , 2 helai seluar dan 1 sweater .. sementara mama tunggu di Georgetown White Coffee di bawah sambil menikmati soya gula melaka.

kita beralih pulak ke tingkat bawah bahagian barangan basah dan keperluan harian :-

KEPERLUAN MENCUCI DAN MANDI
- ne selalunya bahagian paling lama, dari barangan mencuci , mandi ,sehingga makanan ringan serta nuget yang dipilih oleh mama untuk dibawa pulang katanya untuk kudap selama 45 minit diperuntukkan untuk ini

dah habis , !!! ada lagi ni tambahan lepas tu naik pula ke tingkat dua bagi menjengah handbag and purse , kasut dan sebagainya... ish,ish... yang ni sekejapjer lebih kurang 30 minit jer 

overall  nak tau berapa banyak masa kami melakukan aktiviti mak dan anak ialah melalui pengiraan berikut :-

[JAM] 30 minit + 45 minit + 1 jam + 1 jam 30 minit + 45 minit + 30 minit  =  6 jam

anggaran masa tamat adalah sekitar

Perjalanan [10 minit] + 6 jam + Perjalanan pulang [10 minit] : 6 Jam 20 Minit 
:: 12.45 P.M + 6 JAm 20 Minit
: Berakhir sekitar jam 7.05 Malam
Best sangat petang letih memang tapi seronok dapat meluangkan masa bersama orang yang kita sayangi

0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...