1)KEMASUKAN KE MATRIKULASI
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Peperiksaan SPM
diadakan pada bulan November setiap hujung tahun. Peperiksaan ini akan dilangsung selama sebulan dan
keputusan diumumkan pertengahan bulan Mac. Selepas di umumkan,
pelajar mula merancang bagaimana hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.
MATRIKULASI
Matrikulasi dianjurkan
oleh Kementerian Pelajaran bertujuan membantu pelajar cemerlang untuk dimasukan
ke IPTA keperingkat Ijazah Sarjana Muda tanpa menghadapi peperiksaan STPM.
Permohonan kemasukan matrikulasi hendaklah dipohon sebelum peperiksaan SPM
iaitu pada bulan September menlalui Guru Kaunselor.
Syarat syarat
kemasukan Matrikulasi.
Selepas keputusan SPM,
pihak Kementerian Pelajaran akan menbuat tapisan pelajar cemerlang ke Bahagian
Matrikulasi. Diantara syarat syarat kemasukan ke kolej Matrikulasi seperti
berikut :
Kiraan kemasukan ke Matrikulasi
berpadu kepada Sistem Merit yang ditetapkan oleh KP dan kepujian 5 (minimum
gred B) matapelajaran wajib (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan
Biologi)
Kemasukan Ke
Matrikulasi terhad dan pihak Jabatan
Pendidikan akan memilih keputusan terbaik sahaja. Pemilihan kedua akan diambil
(2nd intake) sekiranya ada kekosongan.
Kolej Matrikulasi
terbahagi 3 kolej iaitu :
KOLEJ MATRIKULASI, KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL DAN KOLEJ MATRIKULASI UNDANG UNDANG
Kolej Matrikulasi pula
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
1) Sains Tulen (PST)
Tempoh pengajian – 1
Tahun
Terbahagi kepada 2
bahagian – Sains Hayat dan Sains Fizik (pilihan).
Sains Hayat
Sains Hayat untuk
pelajar mengambil bidang perubatan (Medic) atau Kimia (Chemist).
Sains Fizik
Sains Fizik untuk
pelajar mengambil bidang Kejuruteraan (Engineering atau Kimia (Chemist).
2) Sains Tulen dan Sains Perakauanan
(PDT)
Tempoh pengajian – 2
Tahun
Sains Akaun untuk
pelajar mengambil bidang perakauanan, perdagangan atau kimia dan Sains tulen
kepada pelajar yang mengambil matapelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.
KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL
Kolej Matrikulasi Teknikal
untuk pelajar dari sekolah SMS dan Teknik. Bidang ini krusus untuk pelajar
mengambil bidang kejuruteraan.
Antara jurusan bidang
Kejuruteraan seperti berikut :
1)Kejuruteraan
Eletrikal dan Eletronik.
2)Kejuruteraan Mekanikal
3)Kejuruteraan Awam.
4) Kejuruteraan Kimia.
Tempoh pengajian : 1
tahun
KOLEJ MATRIKULASI UNDANG UNDANG dan EKONOMI (Pra-Diploma)
Kolej Matrikulasi
Undang Undang dan Ekonomi adalah Kolej Matrikulasi
yang akan dilaksanakan oleh KPT krusus untuk pelajar mengambil peperiksaan jurusan Sastera.
Pelajar harus mendapat
keputusan cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Ekonomi,Sastera,
Sejarah dan menperolehi sistem merit minimun 65 mata. Mereka ini akan
ditempatkan ke IPTA seperti UM, UIA dan UKM.
Senarai Matrikulasi.
1)
Kolej
Matrikulasi Melaka – Masjid Tanah
2)
Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan – Kuala Pilah
3)
Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang – Kepala Batas
4)
Kolej
Matrikulasi Perlis – Arau
5)
Kolej
Matrikulasi Labuan – Labuan
6)
Kolej
Matrikulasi Johor – Tangkak
7)
Kolej
Matrikulasi Perak – Gopeng
8)
Kolej
Matrikulasi Kedah – Changlun
9)
Kolej
Matrikulasi Pahang – Gambang
10)
Kolej
Matrikulasi Selangor – Banting
11)
Kolej
Matrikulasi Tenikal Kedah – Pokok Tai
12)
Kolej
Matrikulasi Tenikal Pahang – Jengka
13)
Kolej
Matrikulasi Tenikal Johor – Pontian
14)
Kolej MARA
– Kuala Nerang
15)
Kolej MARA
Kulim – Kulim
Kesimpulan
1)
Pengambilan
pelajar akan diambil pada bulan Mei dan peperiksaan Matrikulasi setahun
kemudian.
2)
Pelajar
diwajibkan mengambil peperiksaan MUET (Malaysian University English Test)
3)
Bagi
pelajar gagal ke Matrikulasi mereka akan ditawarkan ke tingkatan 6 (bergantung
kepada keputusan peperiksaan SPM)
4)
Matrikulasi
dikhas untuk pelajar aliran Sains, Sastera, Akaun dan Teknikal sahaja.
5)
Kerajaan
akan tawarkan biasiswa sebanyak RM 1250 bagi satu semesta.
Keputusan Peperiksaan Matrikulasi
Keputusan peperiksaan
Matrikulasi akan diumumkan pada bulan Jun. Keputusan peperiksaan ini akan
menentukan para pelajar untuk memasuki ke IPTA diperingkat Ijazah Sarjana Muda.
Bagi pelajar perolehi
keputusan cemerlang akan ditawarkan jurusan Perubatan, kejuruteraan dan
Pendidikan. Sistem pemarkahan seperti berikut :
Sistem pemarkahan sama
seperti pemarkahan STPM (Rujuk pada STPM)
PNGK 3.8 sehingga 4.0
– ditawarkan ke bidang kedoktoran (MD)
PNGK 3.4 sehingga 3.8
– ditawarkan kebidang Kejuruteraan. Pendidikan, Perubatan dan Perakaunan
PNGK 2.5 sehingga 3.4
– ditawarkan kebidang pengurusan, Pentadbiran dan Perniagaan.
PNGK – PURATA NILAI
GRED KAMULATIF (Pointer)
Keputusan kemasukan
jurusan bergantung kepada pilihan pelajar tersebut. Sekiranya pihak Jabatan
Pendidikan Tinggi mendapati keputusan peperiksaan tidak mecukupi syarat syarat
kemasukan maka pihak jabatan akan menawarkan kursus lain jika ada kekosongan.
Peperiksaan MUET (Malaysia
English University Test)
MUET adalah
peperiksaan Bahasa Inggeris untuk kelayakan pelajar masuk Ke IPTA ke peringkat
Ijazah Sarjana Muda. Peperiksaan MUET adalah salah satu mata pelajaran di dalam
peperiksaan Matrikulasi dan STPM (Sains). Peperiksaan MUET akan dijalankan pada
bulan Mac, Julai dan November.Setiap keputusan menentukan sesorang layak untuk
mengambil jurusan tertentu terutama
Jurusan Perubatan, Kejuruteraan dan Pendidikan (TESL). Keputusan peperiksaan
seperti berikut :
Band 6 (260-300 Cemerlang Tertinggi )
Band 5 (220-259 Cemerlang
Tinggi) – Sarjana Muda Kedoktoran (MD)/Pengajian Luar Negara.
Band 4 (180-219 Cemerlang)
– Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (TESL)
Band 3 (140-179 Kepujian
Tinggi) – Sarjana Muda Pengajian Undang undang/Pebedahan/Perubatan/
Farmasi/Kejuruteraan/Pendidikan (BI)/Komunikasi dan lain lain.
Band 2 (101-139 kepujian)
Band 2 (101-139 kepujian)
Band 1 (bawah 100 Lulus)
– Tahap Minima Sarjana Pengurusan/Pentadbiran dan lain lain.
Untuk Kelayakan
Jurusan Perubatan (MD) Pendidikan (TESL) perlu sekurang kurang band 4.
Kemasukan Matrikulasi,Pasum dan Asasi UITM ke IPTA (Ijazah Sarjana Muda)
Selepas peperiksaan
Matrikulasi, Pelajar akan memohon UPU untuk ke IPTA ke peringkat Ijazah Sarjana
Muda.
Berikut ada Ketegori
ke IPTA.
Ketegrori N- Aliran Sains untuk calon Matrikulasi dan
Asasi UITM
Kategrori P- Aliran Akaun untuk calon Matrikulasi dan
Asasi UITM
Kategrori U- Aliran
Undang Undang untuk calon Matrikulasi dan Asasi UITM
Kategrori L- Aliran Bahasa Inggeris Untuk calon Matrikulasi
dan Asasi UITM (TESL)
Kategror K- Aliran Kejuruteraan untuk calon Matrikulasi
dan Asasi UITM
Kategrori J- Aliran Teknikal
Pelajar juga mesti
melepasi syarat syarat am/khas.
Syarat Am
1)
Lulus SPM
dan setarafnya kepujian matapelajaran Bahasa Malaysia
2)
Lulus Matrikulasi
KPM/Asasi Sains UM/Asasi UITM dan perolehi PGNK dan gred baik.
3)
MUET
meperolehi Band 3
4)
Melepasi
tahap kesesuaian Malaysia University Selection Yearly Inventory (Musny’l) untuk
kemasukan ke USM
Syarat Khas
1)
Permohonan
ke UPU
2)
Permohonan
ke USM
Nota :
USM tidak termasuk
dalam UPU. Permohonan ke USM hendakalah memohon ke halaman Web USM.
IPTA yang ditawarkan
oleh Jabatan Pengajian Tinggi seperti
berikut :
1)
Universiti
Malaya (UM)
2)
Universiti
Sains Malaysia (USM) – dikecualikan dari UPU
3)
Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM)
4)
Universiti
Putra Malaysia (UPM)
5)
Universiti
Teknologi Malaysia (UTM)
6)
Universiti
Isalam Antarabangsa Malysia (UIAM)
7)
Universiti
Utara Malaysia (UUM)
8)
Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9)
Universiti
Malaysia Sabah (UMS)
10)
Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
11)
Universiti
Teknologi Mara (UITM)
12)
Universiti
Malaysia Terengganu (UMT)
13)
Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
14)
Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM)
15)
Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
16)
Universiti
Pahang Malaysia (UMP)
17)
Universiti
Perlis Malaysia (UniMAP)
18)
Universiti
Sultan Mizan Zainal Abidin (UniZA)
19)
Universiti
Malaysia Kelantan (UMK)
20)
Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti dibawah APEX (Accelarated Programe For Excellence)
Universiti ini diberi
pengiktirafan universiti terbaik yang diakui dan diterimapakai oleh universiti
di luar negara . Terdapat beberapa universiti di beri iktiraf oleh APEX di
antaranya :
Institut Pengajian Tinggi Awam
1)
Universiti
Sains Malaysia (USM)
2)
Universiti
Malaya (UM)
3)
Universiti
Putra Malaysia (UPM)
4)
Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM)
5)
Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM)
Institut Pengajian
Tinggi Swasta
1)
Universiti
Petrnonas (UTP)
2)
Universiti
Tenaga Malaysia (Uniten)
3)
Malaysia
Science University (MSU)
4)
ACMS
SISTEM MERIT DALAM SPM UNTUK
KEMASUKAN MATRIKULASI DAN DIPLOMA (IPTA)
Bermula tahun 2010 KPT
telah menetapkan garis panduan sistem pemakahan untuk melanjutkan pelajaran
keperingkat Diploma (SPM) dan Matrikulasi.-
Dibawah kiraan dan
pemarkahan sistem merit :
A+ (Cemerlang
Tertinggi)- 18
A ( Cemerlang Tinggi
)- 16
A-(Cemerlang)- 14
B+(Kepujian
Tertinggi)-12
B (Kepujian
Tinggi) - 10
C+(Kepujian Atas)- 8
C (kepujian
Bawah)- 6
D (Lulus Atas)- 4
E (Lulus)-2
G (Gagal)-0
Sistem Markah Akademik
90% dan Markah Ko-karikulum 10%
90 Markah diambil dari
5 matapelajaran wajib (Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Kimia dan Biologi.
(Aliran Sains) – Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Sejarah dan Pengetahuan
Agama Islam/Sivik. (Aliran Sastera)
30 Markah diambil dari
3 matapelajaran terbaik.
Kiraan markah seperti
berikut :
Markah MP utama aliran
= Jumlah markah 5 matapelajaran wajib X 90 Bahagi 90
Markah Terbaik =
Jumlah 3 matapelajaran terbaik X30 bahagi 3 Mata pelajaran terbaik
Jumlah Akademik =
Markah utama + Markah terbaik x 90 bahagi 120
Jumlah Keseluruhan =
Jumalah/120
Untuk Kelayakan ke IPTA jumlah mata adalah seperti berikut :
KELAYAKAN SISTEM MERIT
Untuk Matrikulasi – 75
mata (Kepujian Bahasa Malaysia)
Untuk IPTA – Minimum
75 mata (Kepujian matapelajaran wajib)
Untuk Politeknik –
Minimum 65 (Kepujian matapelajaran wajib)
Sistem Markah
Ko-Korikulum
Sistem markah
ko-kurikulum adalah satu syarat kemasukan ke IPTA dan Matrikulasi. Sisitem ini
meliputi 10%.
A)
Sukan atau
permainan di Sekolah.
B)
Pasukan
Badan Uniform – Pengakap/Bulan Sabit Merah/Kadet dan dll.
Ini
termasuk jawatan dan aktiviti aktiviti.
C)
Kelab dan
Persatuan di sekolah. (jawatan
Organisasi )
D)
PLKN
Keteria Pemilihan
untuk kemasukan Ke IPTA, Matrikulasi Dan Politeknik seperti berikut :
1)
Pencapaian
Akademik (Sistem Merit )
2)
Pencapaian
Ko-Korikulum
3)
Kombinasi
matapelajaran yang sesuai dengan syarat khas kemasukan program pengajaran/jurusan.
4)
Gred matapelajaran
untuk tujuan pengkursusan.
5)
Lulus
temuduga Ujian Kelayakan Ke IPTA (Jika ada)
6)
Pilihan
Program mengikut keutamaan.
7)
Bilangan
tempat yang disediakan IPTA.
Contoh kiraan sistem
merit :
Bahasa Malaysia -A (16)
A.Islam-A+ (18)
Bahasa Inggeris-B (10)
Sejarah-D (4)
Matematik-B (10)
Matematik Tambahan-C (6)
Fizik-C (6) Kimia-B (10)
Biologi-C+ (8)
5 matapelajaran wajib
( Fizik/Kimia/Biologi/Matematik/Matematik Tambahan) = 40 mata
40 x 90 bahagi 90 = 40
3 matapelajaran
terbaik (A.Islam/B.Malaysia/B.Inggeris) = 44 mata
44 x 30 bahagi 44 = 30
40 + 30 X 90 bahagi
120 = 62.5 Mata (Markah akademik 90%)
7 mata (Markah
Ko-korikulum)
Keseluruhan 69.5 mata.
3)INSTITUT
PENGAJIAN TINGGI AWAM
PERINGKAT DIPLOMA
Kemasukan Ke IPTA melalui UPU (Unit Permohonan Universiti) di bawah
Jabatan Pengajian Tinggi. Permohonan
kemasukan ke IPTA peringkat Diploma akan diumunkan 2 minggu sebelum keputusan SPM. Kelayakan untuk masuk Ke IPTA bergantung keada
keputusan peperiksaan. Setiap program pengajian menpunyai syarat syarat.
Pengajian didalam bidang Kejuruteran – Kepujian bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, Metamatik Tambahan, Fizik, Kimia dan perolehi lebih 75 mata
Pengajian didalam bidang Perubatan -– Kepujian bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, Metamatik Tambahan, Biologi , Kimia dan perolehi lebih 75 mata
Pengajian didalam bidang Pendidikan - Kepujian bagi matapelajaran wajib dan perolehi 75 mata
Pengajian didalam bidang Pengurusan, Perniagaan dan sebagainya – Kepujian bagi matapelajaran Bahasa Malaysia
dan matapelajaran yang ditetapkan dan perolehi lebih 70 mata
Tempuh pengajian – 3
tahun. ( 6 Semesta)
Program pengajian di
IPTA terdapat berbagai jurusan. Terdapat 5 jurusan pilihan untuk calon graduan
dan keputusan ditentukan oleh UPU (Unit Permohonan Universiti). Setiap jurusan
akan dinilaikan ke IPTA. Jika layak, IPTA akan maklumkan kepada UPU.
Keputusan akan
diumumkan kepada calon graduan pada awal bulan Mei dan kemasukan ke IPTA pada
bulan Jun.
(Penilaian ke IPTA
menlalui kiraan sistem merit adalah anggaran.)
PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
Kemasukan pelajar
didalam keperingkat ijazah ditentukan oleh Jabatan Pengajian Tinggi menlalui
keputusan peperiksaan Matrikulasi, Politeknik, Sijil Tinggi Persekolahan dan
Diploma. Keputusan peperiksaan MUET di ambil kira mengikut jurusan yang
diambil.
Semua IPTA mengajurkan
Ijazah Sarjana Muda. Terdapat hampir 3000 kusus peringkat ijazah dan tempoh
pengajian pula selama 4 tahun. Permohonan kemasukan pula melalui UPU (Unit Permohonan Universiti) ditawarkan
pada bulan Mei iaitu selepas keputusan peperiksaan Matrikulasi dan Diploma pada
bulan Julai. Pengambilan kedua (2nd Intake) pula akan ditawarkan
pada bulan Disember jika ada kekosongan menlalui Intitusi berkenaan.
Penilaian peringkat
Ijazah Sarjana Muda terdapat 3 keterogi iaitu :
Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Keputusan kelas
pertama memerlukan nilai gred PGNK harus melebihi 3.8 sehingga 4.0
Ijazah sarjana Muda Kelas Kedua
Keputusan kelas kedua
memerlukan nilai gred PGNK antara 3.5 sehingga 3.8
Ijazah Sarjana Muda Kelas Ketiga
Keputusan kelas ketiga
memerlukan nilai gred PGNK antara 3.0 sehingga 3.5
KESIMPULAN
1)
Pemilihan
Jurusan pengajian dipohon akan ditentukan oleh UPU. Jika tiada kekosongan maka
UPU akan menawarkan jurusan lain.
2)
Segala keputusan dari UPU adalah muktamad.
(kecuali USM)
3)
Jika calon
graduan tidak berminat tawaran UPU, calon boleh meneruskan pelajaran ke Matrikulasi
atau ke IPTS.
4)
Permohonan
berjaya akan ditawarkan pinjaman PTPTN, Yayasan Negeri atau JPA.
5)
Bagi
graduan perolehi PNGK 3.4 keatas akan menjadi pilihan utama untuk melanjutkan
pengajian ke peringkat Ijazah Sarjarna Muda. (Kejuruteraan)
6)
Pelajar
harus perolehi sekurang kurangnya Band 3 didalam peperiksaan MUET. (untuk
jurusan Pendidkan, Kejuruteraan dan Perubatan).
7)
Bagi
Keputusan cemerlang diperingkat Diploma pihak IPTA akan menawarkan tempoh
pengajian selama 2 tahun 6 bulan dari 4 tahun keperingkat Ijazah.
8)
Hampir
semua jurusan di IPTA diiktiraf oleh MQA (Malaysia Qualified Academy), JPA
(Jabatan Perkidmatan Awam) dan LAN (Lembaga Akredatasi Negara).
9)
Mata merit
yang dilaksanakan oleh KPT khas untuk pelajar melanjutkan pelajaran keperingkat
IPTA, Matrikulasi dan Politeknik sahaja.
10)
PTPTN akan
mengeluarkan pinjaman untuk menbayai yuran dan wang saku sebanyak RM2500 bagi
setiap semester (Diploma) dan RM3500 bagi setiap semesta (Ijazah)
Pra Diploma Asasi UITM dan UM
UITM dan UM menganjurkan
satu krusus untuk pelajar ke IPTA menlalui Pra Diploma. Pra Diploma menbantu
para pelajar meneruskan pelajaran selama 6 bulan dan sekiranya pelajar berjaya,
pihak IPTA (UITM dan UM) akan menawarkan belajar ke peringkat Diploma.
Pra Diploma krusus
kepada pelajar lepasan SPM yang tidak mencukupi had untuk menlanjutkan ke
peringkat Diploma. Pihak sekolah akan umumkan permohonan kepada pelajar untuk menlanjutkan pelajaran ke UITM
dan UM.
kelayakan mengikuti
Pra Diploma seperti berikut :
5 kepujian termasuk
Matematik/Matematik Tambahan serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
dan salah satu matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi atau Sains Tambahan.
Pra Diploma menganjurkan
krusus seperti :
Teknologi
Kreatif/artistik / Pegurusan Maklumat / Pengurusan Hotel dan Perlancongan / Pengurusan
Dan Teknologi Pejabat / Seni Lukis dan Seni Reka / Pengajian Maklumat /
Perniagaan dan lain lain.
Dibawah senarai IPTA peringkat
Diploma yang ditawarkan :
1)
Universiti
Putra Malaysia (UPM)
2)
Universiti
Teknologi Malaysia (UTM)
3)
Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
4)
Universiti
Teknologi Mara (UITM)
5)
Universiti
Malaysia Terengganu (UMT)
6)
Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
7)
Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
8)
Universiti
Pahang Malaysia (UMP)
9)
Universiti
Perlis Malaysia (UniMAP)
10)
Universiti
Sultan Mizan Zainal Abidin (UniZA)
PUSAT PENGAJIAN DILOMA (PPD) DAN
PUSAT PENGAJIAN IJAZAH (PPI) DI IPTA.
Penubuhan Pusat
pengajian Dipoma dan ijazah ditawarkan kepada pelajar yang gagal perolehi
tempat di IPTA menlalui UPU (Unit Permohonan Universiti). Semua program diploma
dan ijazah diuruskan secara berpusat di samping berusaha untuk menbantu pelajar
menanjutkan pelajaran yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di negara
ini setelah gagal perolehi tempat semasa permohonan kemasukan ke IPTA pada
bulan Julai (Kemasukan Semesta Pertama).
Permohonan serta
pengambilan pelajar Semesta kedua pada bulan Disember di uruskan oleh
Universiti berkenaan menlalui iklan di akhbar utama atau menlalui website
universiti berkenaan. Pengambilan ini bergantung kepada kekosongan di IPTA
berkenaan.
Kelayakan kemasukan ke
IPTA berpadukan kepada Program yang di
ambil. Kelayakan kemasukan ke IPTA
seperti berikut :
Program Kejuruteraan,
Perubatan dan Pengurusan (Diploma)
Lulus peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang kurangnya 5
kepujian (Gred C) termasuk
1)
Kepujian
Bahasa Malaysia, Matematik Tambahan,
Fizik/Biologi dan salah satu matapelajaran terpilih dan lulus dalam Bahasa
Inggeris.
2)
Atau
memiliki Sijil daripada Politeknik atau setaraf dengan sekurang kurang CPA 3.0
(Minimum)
Dibawah senarai IPTA
peringkat Diploma (PPD) yang ditawarkan :
1)
Universiti
Putra Malaysia (UPM)
2)
Universiti
Teknologi Malaysia (UTM)
3)
Universiti
Teknologi Mara (UITM)
4)
Universiti
Malaysia Terengganu (UMT)
5)
Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
6)
Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
7)
Universiti
Pahang Malaysia (UMP)
8)
Universiti
Perlis Malaysia (UniMAP)
9)
Universiti
Sultan Mizan Zainal Abidin (UniZA)
PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)
DAN IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) –ANJURAN JPA
Program Ijazah Luar
Negara (PILN) menrupakan program penajaan kepada pelajar pelajar cemerlang
lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara.
PILN yang ditawarkan harus perolehi keputusan cemerlang berdasarkan kombinasi 9
mata pelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon pelajar.
Kriteria yang diguna
pakai untuk pemilihan adalah seperti berikut :
1)
Pencapaian
akademik (9A+)
2)
Penglibatan
dalam kegiatan Ko kurikulum.
3)
Sosial
ekonomi/latar belakang keluarga.
4)
Prestasi
temuduga.
Asas asas kategori
PILN seperti berikut :
1)Prestasi akademik
minimum 9A dalam semua matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.
2)Kriteria pemilihan
85% akademik, 10% ko kurikulum dan 5% temuduga dan ujian khas.
3)Bilangan tempat
sebanyak 1750 pelajar yang terpilih sahaja.
4) Bidang – Perubatan,
Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar,Kejuruteraan,Perakaunan,Undang
Undang,Senibina,Sains Bionteknologi,Sains Pertanian,Teknologi
Maklumat,Perancangan Bandar,Ukur Bahan,Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas.
5) Universiti luar
negara yang ditawarkan seperti UK,Australia,New Zealand,India Rep
Czech,Poland,US,Perancis dan Jerman.
Bagi Program Ijazah
Dalam Negara (PIDN), JPA menawarkan sebanyak 1900 pelajar mengikuti pengajian
IPT di dalam negara kepada pelajar cemerlang lepasan SPM. Program ini
menempatkan empat buat universiti peyelidikan (Reserch Universiti) di Malaysia
di antaranya :
1)
Universiti
Sains Malaysia (USM)
2)
Universiti
Kebagsaan Malaysia (UKM)
3)
Universiti
Putra Malaysia (UPM)
4)
Universiti
Malaya (UM)
5)
Kampus
cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University,
University Of Technology dan Curtin University Of Technology serta IPT yang
terpilih.
Pelajar yang berjaya
terpilih akan ditaja di peringkat Matrikulasi, Pra-Diploma dan seterusnya ke
peringkat Ijazah Sarjana Pertama sekiranya menlepasi syarat akademik yang
ditetapkan semasa di peringkat kursus persediaan.Program penajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar cemerlang sahaja. Biasiswa dan pembelajaan akan ditanggung oleh
kerajaan menlalui JPA.Bagi pelajar lepasan SPM yang tidak ditawarkan sebarang
penajaan di bawah PILN , mereka masih berpeluang memohon penajaan
dibawahProgram Ijazah Dalam Negara (PIDN) sekiranya ditawarkan tempat
diperingkat Diploma atau Ijazah Pertama Di IPT Tempatan yang ditetapkan oleh
Kementerian.
PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
(PJJ) DAN PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)
IPTA terpilih ada
menganjurkan pengajian menerusi mod fleksibel iaitu secara Pendidikan Jarak
Jauh (PJJ) atau Pengajian Luar Kampus di peringkat Pra Diploma, Diploma dan
Ijazah Sarjana Muda.
Usaha ini adalah
menbantu para pelajar meneruskan pelajaran sambil berkerja. Pengajian ini hanya
diadakan pada hari sabtu dan ahad di institusi yang di tetapkan.
Antara syarat syarat kemasukan ke PJJ dan PLK :
1)
Memiliki
Sijil SPM sekurang kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia (di peringkat
Pra Diploma dan Diploma)
2)
Menpunyai
2 tahun pengalaman berkerja serta surat kelulusan dari majikan.
3)
Bagi
pengajian peringkat Ijazah pelajar harus lulus sekurang kurang Band 2 dalam
peperiksaan Malaysian Universiti English Test (MUET)
Program yang diadakan
seperti berikut :
Peringkat Diploma
Perakuanan,
Pentadbiran, Pengurasan dan Perniagaan
Peringkat Ijazah
Perakaunan,
Pentadbiran, Pengurusan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Undang Undang,
Perniagaan.
Jangkamasa Pengajian :
4 – 6 Semesta.
(Pengambilan semester pertama berbulan pada bulan januari setiap tahun)
Di bawah senarai IPTA
1)
Universiti
Putra Malaysia (UPM)
2)
Universiti
Teknologi Malaysia (UTM)
3)
Universiti
Teknologi Mara (UITM)
4)
Universiti
Malaysia Terengganu (UMT)
5)
Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
6)
Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
7)
Universiti
Pahang Malaysia (UMP)
8)
Universiti
Perlis Malaysia (UniMAP)
9)
Universiti
Sulta Mizan Zainal Abidin (UniZsa)
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)
Di Malaysia terdapat
hampir 335 IPTS yang di daftarkan (MQR) Malaysia Qualified Register di Jabatan
Pengajian Tinggi Pengajian dan hampir semua jurusan di peringkat diploma diiiktirafkan
oleh MQA. Terdapat juga IPTS berkerjasama dengan IPTA untuk menberi peluang
graduan menlanjutkan pengajian diperingkat lebih tinggi.
Kebanyakan pelajar
yang gagal memasuki mana-mana IPTA atau Matrikulasi memohon di IPTS.
Antara syarat syarat
kemasukan IPTS seperti berikut.
Diploma bahagian
Pengurusan, Perniagaan, Perubatan (Jururawat, Famasi dan bidang tertentu
sahaja) – Kelayakan minimun 3 kepujian.
Diploma bahagian
Kejuruteraan – kelayakan minimun 5 kepujian.
Hampir 40% IPTA menganjurkan
kursus perubatan seperti Jururawat, Farmasi, Radiografi dan sebagainya) 30%
bahagian Pengurusan,Perniagaan. 20% bahagian Teknikal (kemahiran) dan 10%
bahagian Kejuruteraan.
Tempoh Pengajian – 2
hingga 3 tahun. (Peringkat Diploma)
Selepas tamat
pengajian di IPTS, hanya sebilangan kecil sahaja yang layak memasuki IPTA (melebihi PNGK 3.0)ke peringkat Ijazah Sarjana
Muda. Beberapa faktor mengapa pelajar IPTS gagal memasuki IPTA (peringkat Ijazah ) diantaranya.
1)
Kegagalan
para graduan mencapai tahap kelayakan.
2)
Jurusan di
IPTS tidak diiktiraf oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)
3)
Terlalu
banyak graduan perolehi Diploma IPTS sehingga tidak cukup tempat di IPTA
4)
Kira kira
56,000 pelajar lepasan Diploma IPTS (Setahun) memohon IPTA.( peringkat Ijazah)
Kesimpulan
1)
IPTS
menbantu pelajar meneruskan pengajian di peringkat diploma walaupun keputusan
SPM tidak mencukupi untuk layak ke IPTA.
2)
IPTS
peringkat diploma diiktiraf MQA.
3)
PInjaman
PTPTN dan MARA akan ditawarkan kepada pelajar yang layak sahaja.
4)
Pinjaman
PTPTN untuk menbiayai yuran pengajian
dan sara hidup.
5)
IPTS
jurusan Perubatan menjadi pilihan bagi pelajar.
6)
Pada tahun
2015 KP mengarahkan semua IPTS mengambil pelajar menperolehi 5 kepujian
diperingkat SPM
7)
Pelajar
boleh memohon pinjaman Yayasan Pengajian Negeri.
Dibawah senarai IPTS pilihan
pelajar.
1)
IKIP –
www.ikipcollege.edu,y
2)
Masterskill
– www.masterskill.edu.my
3)
Mahsa
4)
Kuala
Lumpur Metropolitan University College (KLMU)
5)
Kolej
Anatarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCOST)
6)
Management
Science University (MSU)
7)
Kolej PTPL
8)
Kolej PSDC
9)
Allianze
College of Medical Sciences (ACMS) – www.acms.edu.my
10)
Paramount
International College (PIC) –www.kolejparamount.edu.my
11)
Shahputra
– wwwkolejshahputra.edu.my
12)
Segi
Training Centre – www.segi.edu.my
13)
Kolej
UNIKOP – www.unikop.edu.my
14)
Institut
Profesinal Baitulmal – www.ipb.edu.my
15)
Kolej
Teknologi Timur – www.ktt..edu.my
16)
Kolej
Teknologi Bistari – www.ktb.edu.my
17)
Kolej SAL
– www.salb.edu.my
18)
Kolej
Islam Johor – www.kpypj.edu.my
19)
Institut
Sains dan Teknologi darul Takzim (INSTEDT) – www.instedt.edu.my
20)
Kolej
UNITI – www.uniti.edu.my
21)
Kolej
Teknologi Yayasan Alor Gajah –www.ktyaga.edu.my
22)
Kolej SATT
– www.satt.edu.my
23)
Kolej
Teknologi Pulau – www.ict.edu.my
24)
Kolej
Antarabangsa teknologi Perlis –
25)
Geomatika
College International – www.geomatika.edu.my
26)
Universiti
Tun Abdul Razak
27)
International
University College of Technology Twintect – www.twintech.edu.my
28)
Universiti
Industri Selangor (UNISEL) – www.unsil.edu.my
29)
Universiti
Multemedia Cyberjaya (UMC)
30)
Kolej
Universiti INTI (INTI)
31)
Kolej
Universiti Nilai (KUN)
32)
Kolej
Universiti Infastuktur Kuala lumpur (KUIKL)
33)
Global
Medic Network (GMN)
34)
KPJ International
College (KPJ)
35)
Kolej
Islam Sains Teknologi (KIST)
36)
Open
Universiti
37)
Sentral
Technoly College Penang (SENTRAL)
38)
Kolej
YPC-iTWEB – www.kolejypc.edu.my
39)
Kolej
Islam Antarabangsa – www.iic.edu.my
40)
Malaysia
Universiti of Science and Technology (MUST) – www.must.edu.my
41)
Kolej
Technologi Antarabangsa (KTAC)
IPTS (Badan berkanun)
IPTS ini menjadi pilihan kedua selepas IPTA. IPTS ini ditaja oleh badan
berkanun untuk berkhidmat di tempat berkenaan selepas peperiksaan. Kolej/universiti
ini menawarkan pinjaman PTPTN sekiranya gagal perolehi biasiswa kolej
berkenaan.
Diantara IPTS tersebut :
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS.
Universiti ini ditubuhkan dibawah pengawasan Petronas. Jurusan
Kejuruteraan, Kimia dan Petroleum menjadi teras pengajian.
Kelayakan – Semua mata pelajaran perolehi gred A.
Tempoh pengajian – 3 tahun Diploma
- 4 tahun Ijazah Sarjana Muda.
Hanya 50% sahaja mendapat biasiswa Petronas. Selebihnya dibawah pinjaman
PTPTN dan MARA.
UNIVERSITI TENAGA (UNITEN)
Universiti ini ditubuhkan dibawah pengawasan Tenaga Nasional.
Pelatih/Graduan akan berkhidmat di Tenaga Nasional selepas tamat pengajian.
Kelayakan – Kepujian matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Sains Teknikal (Teknik/Vokasinal), Fizik, Matematik atau Matematik Tambahan.
Tempoh Pengajian – 3 Tahun diploma
- 4 Tahun Ijazah Sajana Muda.
UNIVERSITI MULTIMEDIA
Universiti Multemedia
(MMU) adalah sebuah universiti dibawah pengawasan Universiti Telekom Sdn Bhd.
Universiti ini terbuka pada pelajar untuk mengikuti program multemedia,
teknologi maklumat dan telekominikasi.
Terdapat 2 kampus
iaitu :
Kampus Cyberjaya
Program :
Kejuruteraan, Teknologi Malumat, Kreative Multemedia, Telekominikasi
Kampus Melaka
Program : Sains
Teknologi, Pernigaan dan Undang-undang.
5) INSTITUT
PENDIDIKAN MARA (IPMa)
IPMA ditaja oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu kaum bumiputera
melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah. IPMA diiktiraf MQA, JPA dan LAN.
Terdapat beberapa Universiti, Politeknik dan Kolej diantaranya.
A)
UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL)
B)
KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM)
C)
KOLEJ PROFESSINAL MARA (KPM)
D)
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI (KKTM) DAN
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
E)
GERMAN- MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
A0 UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL)
A0 UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL)
UNIKL terdiri dari beberapa Universiti mengikut jurusan antaranya :
1) MALAYSIAN ISTITUTE OF
INFORMATION TECHOLOGY (MIIT) – KL
Jurusan – Penerangan, Teknologi, Teknologi Multimedia dan Teknologi Perniagaan.
2) INSTITUTE OF PRODUCT DESIGN
AND MANUFACTURING (IPROM) – KL
Jurusan : Daya cipta,
Perkilangan dan Kejuruteraan Pentadbiran.
3) MALAYSIAN INSTITUTE OF
MARINE ENGINEERING TECHNOLOGY (MFI) -
LUMUT
Jurusan : Kejuruteraan
Perkapalan.
4) MALAYSIA FRANCE INSTITUTE
(MFI) – BANGI
Jurusan : Kejuruteran
Kenderaan, Acuan dan kejuteran perindustrian.
5) BRITISH MALAYSIA INSTITUTE
(BMI) – GOMBAK
Jurusan : Eletrikal,
Eletronic dan Teknologi Telikomnikasi
6) ROYAL COLLEGE OF MADICINE
PERAK (RCMP) – IPOH
Jurusan : Perubatan dan Kesihatan.
7) MALAYSIAN INSTITUTE OF
AVIATION TECHNOLOGY (MLAT) – SEPANG
Jurusan : Kejuruteran
Baikpulih Kapal Terbang.
8) MALAYSIAN INSTITUTE OF
CHEMICAL AND BIOENGINEERING TECHNOLOGY (MICET) – MELAKA
Jurusan : Kimia dan Biotechnologi
9) MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
(MSI) – KULIM
Jurusan : Kejuruteraan
komponen kereta.
10)
MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (MITEC) – PASIR GUDANG
Jurusan : Logistik dan Perindustrian.
11) INSTITUTE OF MADICAL SCIENCE
TECHNOLOGY (MESTECH) – KAJANG
Jurusan : Kejuruteraan
Sains Perubatan
Pelajar ke UNIKL akan diberi pinjaman oleh pihak MARA.
Kelulusan : 5 kepujian
dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik
Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi.
Bahasa penghantaran :
Bahasa Inggeris.
B) KOLEJ POLY-TECH MARA
Kolej ini taja oleh
MARA di peringkat Diploma sahaja. Kolej ini menawarkan bidang seperti berikut :
1)
Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat.
2)
Pernigaan
Dan Perakaunan. (CAT/ACCA/ICSA)
3)
Sains
Sosial Dan Kemanusiaan
4)
Profesinal.
5)
Sains Dan
Sains Kesihatan
6)
Kejuruteraan.
Kelayakan : 3 Kepujian
wajib dan 2 matapelajaran pilihan (Sains,Akaun, Metamatik Tambahan)
Tempoh Pengajian : 3
Tahun ( 6 Semesta)
Bahasa Penghantaran :
Bahasa Malaysia.
C) KOLEJ PROFESSIONAL MARA
Kolej ini khas untuk
pelajar yang berminat di dalam perniagaan dan perakauanan. Antara program yang
di tawarkan adalah seperti berikut :
Program Diploma
1)
Business
Studies
2)
English
Communication
3)
International
Business
4)
Islamic
Banking anf Finance
5)
Accountancy
6)
Computer
Networking Agro – Business
7)
Intergrated
Logistic Management
Foudation and Higher
National Diploma (F&HDM)
1)
F and HND
Solfware Devolopment
2)
F and HND
Information Technolgy
Bahasa Penghataran :
Bahasa Inggeris
Kampus KPM terletak di
Bandar Penawar, Seri Iskandar, Bandar Melaka, Kuantan, Ayer Molek dan Kajang.
D) KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
(KKTM) DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
Kolej ini untuk bidang
Kemahiran, Teknik dan Vokasinal. Bidang pengajian peringkat diploma kejuruteraan/teknologi/HND.
Antara program yang di tawarkan seperti berikut :
1)
Elektronik
2)
Automotif
3)
Seni dan
Reka Bentuk
4)
Makanikal
Pembuatan
5)
Elektrik
6)
Awam
7)
Mekanikal
Servis
Kampus KKTM terletak
di Pertaling Jaya, Pasir Mas, Jasin, Balik Pulau, Johor Bahru dan Rembau.
Bahasa Penghataran :
Bahasa Malaysia
E) GERMAN- MALAYSIAN INSTITUTE
(GMi)
Institut ini
menganjurkan diploma sepenuh masa untuk berkhidmat sektor Elektronik
Perindustrian dan Teknologi Pembuatan. Antara program yang ditawarkan ialah :
a)
Teknologi
Pembuatan
1)
Production
Technology (Tool & Die Technology)
2)
Production
Technology (Mould Technology)
3)
Product Design
& Manufacturing.
4)
CNC
Precision Technology.
b)
Elektronik
Perindustrian
1)
Industrial
Electronic (Mechatronic)
2)
Industrial
Electronics (Process Instrument & Control)
3)
Industrial
Electronics (Electronic & Information Technology)
4)
Network
Security
Kampus ini terletak di
Kajang, Selangor. Pelajar cemerlang akan di tawarkan belajar ke Jerman
sekiranya menperolehi keputusan cemerlang.
Kesimpulan
1)
IPMA
adalah pilihan kedua bagi para pelajar selain dari IPTA.
2)
MARA akan
memberi pinjaman kepada pelajar.
3)
Hampir
semua peringkat Diploma mendapat kelulusan MQA,JPA dan LAN.
4)
Peluang melanjutkan
pelajaran ke luar negeri tajaan MARA.
5)
Penginapan
(asrama) dan Makanan disediakan secara percuma, wang saku RM525 sebulan
(Diploma) RM585 (Ijazah) – (Unikl sahaja)
6)
IPMA akan
mengadakan mata belajar bahasa asing khas (Sepanyol, Jerman, China dan lain)
bertujuan untuk graduan yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
6) DIPLOMA SAMBIL BEKERJA
KOLEJ PUSAT LATIHAN KRU
PENERBANGAN (Flight Crew Training
Centre) – Subang
Kolej ini dibawah
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia dan lain-lain. Setiap Pelajar
(Kadet Penerbangan) mengikuti latihan komprehensif sehingga 26 bulan mengikut tahap. Kadet penerbangan
akan mengikuti krusus asas penerbangan di Melaka. Setelah berjaya kadet
berkenaan akan menjalani berbagai- bagai jenis latihan seperti :
1)
Ujian
latihan Psyhomotor dan Psyhometric. (Jabatan Penerbangan Awam)
2)
UJian
kercergasan dan kesihatan.
3)
Ujian
Penerbangan Awam.
4)
dan lain
lain.
Jangkamasa : 5 hingga
8 Tahun.
Programe : Lesen
Penerbangan Pengakutan (ATPL)
Kelulusan dan
Kelayakan : Minimum Kepujian (B ) dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan.
Kesimpulan
1)
Akan berkhidmat
dengan Syarikat Penerbangan Malaysia.
2)
Memiliki
tahap kesihatan yang baik.
3)
Ditauliah
sebagai Kepten Pernerbangan
AKADEMI LAUT
MALAYSIA (ALAM) DAN RANACO - KEMAMAN
Akademi Laut Malaysia ditaja oleh Malaysia International Shipping
Corporation (MISC) untuk menlahirkan graduan berkidmat di kapal perdagangan.
Pengajian
DECK OFFICER – Diploma of Competancy Deck Officer
MASTER - Master of Competancy
Kelayakan - Kepujian
matapelajaran – Bahasa Malysia, Bahasa Inggeris, Fizik dan Matematik.
DECK ENGINEER – Diploma of Compentancy Engineering
Kelayakan – Diploma in Vessel Engineering (Politeknik)
- Kepujian
dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Fizik dan Matematik.
Tempoh – 6 bulan pengajian di Akademik Laut Malaysia (ALAM) di Melaka.
Menjalani latihan pratikal diatas kapal selama setahun (masa pelayaran)
dan menduduki peperiksan DOC dari peringkat 3rd Compentancy hingga
ke Master.
Semua pebelajaan akan di tanggung oleh
pihak MISC.
Kesimpulan :
1)
MISC
adalah Syarikat perkapalan terbesar di Malaysia.
2)
Selepas 6
bulan di ALAM, praktikal diatas kapal sebagai kedet selama setahun. Menduduki
pepepriksaan DOC kelas 3. seterusnya DOC kelas 2 dan Master.
3)
Ditauliahkan
Kapten Kapal sekiranya berjaya ke peringkat Master.
7)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
IPGM dulu dikenali
sebagai Maktab Perguruan. IPGM terdiri 2 iaitu KPSPM. Untuk pelajar yang ingin
menjadi pendidikan peringkat KPSPM,
Jabatan Pendidikan mengariskan syarat syarat untuk menjadi guru diantaranya :
Kepujian dalam semua
matapelajaran Wajib.
KPSPM (Kumpulan perguruan lepasan SPM) untuk menjadi pengajar di sekolah rendah dan
menengah.
KPLI (Kumpulan perguruan lepasan Ijazah) untuk
menjadi pengajar di sekolah menengah khusus bagi mata pelajaran Matematik,
Biologi, Kimia, Fizik, Bahasa Inggeris dan lain lain.
Untuk KPLI pengambilan
pelajar dari Graduan dari IPTA menlalui UPU. Universiti yang ditawarkan
UPSI,UKM,USM,UITM.
Untuk pendidikan
Pra-Sekolah dan TADIKA kerajaan telah mewajibkan guru meperolehi diploma
Pendidikan Awal kanak Kanak di IPTA atu di IPTS dibawah NKRA.( KEMAS,KPM dan
JPNIN).
NKRA – Bidang Keberhasilan Utama Negara.
8) POLITEKNIK
(IPTA)
Politeknik dianjurkan
oleh Jabatan Pengajian Tenikal dan Vokasinal dibawah Kementerian Pelajaran.
Politeknik ditawarkan kepada pelajar didalam matapelajaran teknikal. Intitusi
ini menganjurkan bidang kejuruteraan.
Kelayakan : Kepujian
Bahasa Malaysia, Fizik, Kimia, Matematik atau Metematik Tambahan, Sains Teknikal
(SPVM) lulus Bahasa Inggeris dan mata merit sekurang kurang 60 mata.
Program : 3 Tahun (6
Semesta) peringkat Diploma sahaja. 2 Tahun bagi peringkat Sijil Kemahiran
Malaysia.
Jika pelajar berjaya didalam
peperiksaan (Minimum PNGK 3.2) akan ditawarkan ke IPTA peringkat Ijazah sarjana
Muda.
Dibawah Senarai
Politeknik di Malaysia.
1)
Politeknik
Ungku Omar
2)
Politeknik
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
3)
Politeknik
Jitra
4)
Politeknik
Kuching
5)
politeknik
Kota Kinabalu
6)
Politeknik
Johor Bahru
7)
Politeknik
Kota Melaka
8)
Politeknik
Sultan Mizan Zainal Abidin
9)
Politeknik
Sultan Azlan Shah
10)
Politeknik
Sultan Idris Shah
11)
Politeknik
Muadzam Shah
12)
Politeknik
Balik Pulau
13)
Politeknik
Pematang Pauh
14)
Politeknik
Nilai
15)
Politeknik
Sultan Hj Ahamad Shah
16)
Politeknik
Kota Bahru
17)
Politeknik
Port Dickson
18)
Politeknik
Salahudin Abdul Aziz Shah
19)
Politeknik
Seberang Prai
20)
Politeknik
Kota – Kuala Terengganu
21)
Politeknik
Merlimau
22)
Politeknik
Tuanku Sultanah Bahiyah
23)
Politeknik
Tunku Syed Sirajudin
24)
Politeknik
Mukah
25)
Politeknik
Jeli Ketereh
26)
Politeknik
Banting
9) SIJIL
TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Selepas peperiksaan
SPM, pelajar yang gagal memasuki Matrikulasi, IPTA atau Poiteknik, Pihak Kementerian
akan menawarkan pelajar melanjutkan
pelajaran ke tingkatan 6 dan seterusnya menduduki peperiksaan STPM. Jangka masa
bermulai bulan Mei (Tingkatan 6 bawah) hingga bulan November (Tingkatan 6 atas)
tahun berikutnya.
Di tingkatan 6 pelajar
akan ditawarkan bidang aliran Sains atau Kemanusian.
Sistem Pernilaiaan
kemasukan ke tingkatan 6 seperti berikut :
Nilai mata SPM
A+ dan A 1 mata
A- 2 mata
B+ 3 mata
B 4 mata
B- 5 mata
C+ 6 mata
C 7 mata
D 8 mata
E 9 mata
F Gagal
Untuk kemasukan
Tingkatan 6 aliran Sains
Memerlukan 3
kepujian dan 3 keputusan terbaik bagi
matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik atau Matematik Tambahan tidak melebihi 18 mata. Jika pelajar perolehi
18-23 mata akan dipertimbangkan oleh JPN jika ada kekosongan.
Untuk kemasukan
tingkatan 6 aliran Kemanusian.
Memerlukan 3 kepujian
terbaik dan jumlah mata gred tidak
melebihi 12 mata bagi 3 matapelajaran terbaik.
Aliran Kemausian seperti berikut :
Pengajian Am
Bahasa Melayu
Sejarah
Ekonomi
Geografi
Kesusateraan Melayu
Perakaunan
Perniagaan
Seni Visual
MUET (English)
Aliran Sains
Pengajian Am
Bahasa Malaysia
Matematik Tambahan
Matematik
Fizik
Kimia Biologi
MUET (English)
Setiap pelajar diberi
4 matapelajaran wajib untuk di pilih tidak termasuk MUET. Pilihan setiap
matapelajaran ditentukan oleh pihak sekolah..
Kiraan gred untuk STPM
seperti berikut :
A+,A,A-,B+,B,B-,C+ Dan
C Lulus sepenuh.
C-,D+,D,D- Lulus
sebahagian
F
Gagal.
Sistem penilaian
seperti berikut Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) mengikut matapelajaran :
A+ dan A 4.0
mata
A-
3.67 mata
B+ 3.33 mata
B 3.00 mata
B-
2.67 mata
C+ 2,33 mata
C 2.00 mata
C-
1.67 mata
D+ 1.33 mata
D 1.00 mata
F 0.00 mata
Kiraan NGMP (Purata)
akan dikira 4 matapelajaran yang dipilih oleh pelajar.
Sistem NGMP dan nilai
gred akan menentukan pelajar untuk menlanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah
Sarjana Muda. Untuk pelajar aliran sains akan ditawar ke IPTA didalam Jurusan
Perubatan, Kejuruteraan, Pendidikan. Sementara aliran satera ditawarkan
jurusanUndang Undang, Ekonomi, Pengurusan, Perniagan, Pentadbiran dan Pendidikan.
Bagi peperiksaan MUET,
pelajar aliran sains diwajibkan tetapi aliran sastera boleh buat pilihan.
Kesimpulan
1)
Keputusan
STPM adalah laluan bagi pelajar mengambil Ijazah tanpa mengambil
peperiksaan diperingkat Diploma.
10)
DIPLOMA/SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM dan DKM)
PROGRAM
INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TEVT) DAN INSTITUSI
LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
Jabatan Pengajian
Tinggi dibawah Kementerian Pelajaran telah mengadakan pengambilan pelajar
untuk latihan Teknikal, Vokasional dan Kemahiran bagi mengikuti
program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan. Sejumlah
350 ILKA menawarkan program sijil dan diploma, manakala TEVT menawarkan di 27
politeknik seluruh negara. Pengambilan pertama bermula pada awal November
sehingga Disember dan pengambilan kedua bermula 10 Januari hingga 4 April untuk
lepasan SPM, Sijil Kemahiran MARA dan Sekolah Menengah.
Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) pula dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi
kemasukan dalm perkhidmatan awam dan IPT. Kementerian Pelajaran memutuskan
untuk mewujudkan Pusat Pegambilan Setempat berkenaan bagi kemasukan ke TEVT dan
ILKA yang selaraskan Jabatan Pengajian Tinggi mulai 2011.
Permohonan Kemasukan
program TEVT dan ILKA dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan
keinstitusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Institusi Latihan
Program TEVT dan ILK dan krusus ditawarkan.
1)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
MALAYSIA
A)
Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN)
B)
Institut
Kemahiran Tinggi Negara (IKTBN0
Peringkat pengajian :
Sijil/Sijil Lanjutan/Diploma/Diploma Lanjutan
2)
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA
MANUSIA (ILJTM) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
A)
Institut
Latihan Perindustrian (ILP)
B)
Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
C)
Institut
Tenikal Jepun-Malaysia (JMTI)
Peringkat pengajian :
Sijil/Sijil Lanjutan/Diploma/Diploma lanjutan
3)
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN
KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER
MANUSIA
Peringkat pengajian :
Sijil dan Diploma lanjutan.
4)
JABATAN PNGAJIAN POLITEKNIK (JPP),
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
A)
Polliteknik,
Kementerian Pengajian Tinggi
Peringkat pengajian :
Diploma
5)
JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI,
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
A)
Kolej
Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi
Peringkat pengajian :
Sijil
6)
MAJLIS LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN
(NATC), KEMENTERIAN PETANIAN DAN INDUSTRIAN ASAS TANI MALAYSIA.
A)
Institut
Pertanian Malaysia,Kuala Lipis
B)
Kolej
pertanian Malaysia Bukit Tangga dan Alor Setar.
C)
Institut
Perikanan Malaysia, Chendering
D)
Institut
Vaterinar Malaysia Kluang
E)
MARDI
Serdang.
F)
Pusat
Pengeluaran Dan penyelidikan Berenih Udang Kebangsaan (PPBUK), Pulau Sayak.
G)
Institut Latihan
Peladang (ILP), Sungai Petani
Peringkat Pengajian : Sijil/Diploma
dan Diploma lanjutan.
7)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR
DAN WILAYAH
A)
Institut
Kemahiran MARA
B)
Kolej
Kemahiran Tinggi MARA
Peringkat Pengajian :
Sijil dan Diploma
Permohanan akan dibuka
minggu pertama awal tahun menlalui email http://upu.mohe.gov.com
permohonan adalah
seperti berikut :
1)
Warganegara
Malaysia
2)
Memenuhi
syarat khas kursus kemsukan seperti ditetapkan oleh Institusi berdasarkan
krusus dan peringkat pengajian yang dipohon.
SIJIL
KEMAHIRAN MALYSIA (SKM)
SKM memberi latihan
vokasional dan kemahiran dengan berstrukturkan
lima (5) tahap seperti berikut :
1)
Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
2)
Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
3)
Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
4)
Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
5)
Diploma
Lanjutan Kemahiran (DLKM) Tahap 5
Persijilan Kemahiran Malaysia
dilaksanakan dengan berteras Standard Kemahiran Pekekerjaan Kebangsaan
(National Occupational Skill Standard – NOSS) di mana setiap calon akan di
nilaikan disahkan memenuhi keperluan NOSS sebelum dianugerahkan dengan
Persijilan Kemahiran Malaysia.
Persijilan Kemahiran
Malaysia boleh dibahagikan menlalui 3 kaedah iatitu :
1)
Pertauliahan
melalui Institusi Latihan yang diktiraf (Pusat bertauliah JTP)
2)
Pertauliahhan
melalui Industri (Sistem Latihan di Nasional (SLDN))
3)
Pertauliahan
Percapai Terdahulu. (program latihan atau kerja luaran dilantik oleh MLVK)
Faedah Persijilan
Kemahiran Malaysia :
1)
Persijilan
Kemahiran Malysia diktiraf oleh industri di Malaysia.
2)
Persijilan
Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri
menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan Kelayakan akademik.
3)
Persijilan
Kemahiran Malaysia menlahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan
untuk mepertingkatkan daya saingan indistri tempatan di pasaran dunia.
Setelah tamat pengajian
mereka akan ditawarkan bekerja di syarikat yang menaja pelajar berkenaan;
Antara krusus Sijil Kemahiran
Malaysia :
1)
Pembinaan.
2)
Kejuruteraan
3)
Teknologi
Maklumat
4)
Automotif
5)
Elektronik
6)
Elektrik
7)
Kimpalan
8)
Komputer
9)
Prosesan
makanan
10)
Kesetiausahaan.
11)
Pengurusan
Pejabat.
Pusat Bertauliah
Persijilan Kemahiran Malaysia yang telah diluluskan oleh MLVK dan tedapat 5 ketegori pusat bertauliah iaitu
:
1)
Pusat
bertauliah Awam (K)
Seperti
: Institut Kemahiran Belia Negara
Giant
Mara, ILP
2)
Pusat
Bertauliah Swasta (L)
Kolej
PSDC, Kolej Sentral, Kolej UNIKOP, Koej Sri Ayu
Kolej
CQ-Tec.
3)
Pusat
Bertauliah Industri (I)
Kolej
Proton, Kolej Risda, Kolej Pertanian Malaysia (Skill-Tech (ILKS))
Kolej
Kecemerlangan Pendidikan dan latihan Automatif
19 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):
ken andreasen dating single http://loveepicentre.com/testimonials.php high class dating service
bibile ebook http://audiobooksplanet.co.uk/it/Encyclopedia-of-Biological-Chemistry/p100046/ ebook for palm os [url=http://audiobooksplanet.co.uk/M-S-Agranovich/m79531/]compare sony kindle ebook reader[/url] design ebook cover online
helping out spanish ebook http://audiobooksworld.co.uk/Accessing/m1861/ pastel v52 ebook [url=http://audiobooksworld.co.uk/History-and-Criticism/c1220/?page=40]king james demonology ebook[/url] c free ebook download filetype pdf
[url=http://audiobooksworld.co.uk/de/Arthur-s-Christmas-Wish/p226994/][img]http://audiobooksworld.co.uk/image/1.gif[/img][/url]
small business vehicle scheduling software http://buyoem.co.uk/product-37378/BeeThink-SpyDetector-2-0 writer's software for apple computer [url=http://buyoem.co.uk/de/product-17472/TypeIt4Me-X-4-0-Mac]dvd and cd labeler software[/url] outsourced software support
[url=http://buyoem.co.uk/product-25907/Adobe-Web-Premium-CS4]Adobe Web Premium CS4 - Software Store[/url] wher can i get illegal software
[url=http://buyoem.co.uk/category-10/Internet?page=4][img]http://buyoem.co.uk/image/8.gif[/img][/url]
serviceware software http://buyoemsoftware.co.uk/fr/category-100-106/Logiciel-de-serveur?page=2 gereral ledger software [url=http://buyoemsoftware.co.uk/it/product-37354/Ultra-Video-Splitter-6-0]os x backup software[/url] outplacement software
[url=http://buyoemsoftware.co.uk/product-37148/Toxsoft-NextFTP-4-9-x32]Toxsoft NextFTP 4.9 x32 - Software Store[/url] ortel computer software toronto peter st
[url=http://buyoemsoftware.co.uk/product-36129/EASEUS-Partition-Master-7-0-Server-Edition][img]http://buyoem.co.uk/image/7.gif[/img][/url]
[url=http://englandpharmacy.co.uk/products/casodex.htm][img]http://onlinemedistore.com/1.jpg[/img][/url]
pharmacy in operating room setting http://englandpharmacy.co.uk/products/synthroid.htm salary for pharmacy first year [url=http://englandpharmacy.co.uk/categories/weight-loss.htm]national pharmacy[/url]
meridia online pharmacy http://englandpharmacy.co.uk/products/oxytrol.htm center pharmacy ltc saint petersburg fl [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/prometrium.htm]prometrium[/url]
equine pharmacy http://englandpharmacy.co.uk/catalogue/1.htm laws in pa re pharmacy techs [url=http://englandpharmacy.co.uk/categories/antiviral.htm]rawson road pharmacy application seaforth[/url]
opprtunities in pharmacy career http://englandpharmacy.co.uk/products/kamasutra-contoured-condoms.htm illegale pharmacy online eppiedemick for norcodics [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/fml-forte.htm]fml forte[/url]
Keep on writing, great job!
Ηave a look at my sіte; Instant Payday Loans
kalau GMI tu, yang buleh fly p German tu, yang ambik A-level ka diploma.? ke dua dua buleh fly kalau result cemerlang.?
great points altogether, you simply received
a neω reader. What could уou suggest in
regards to уour put up that уоu made
а fеw ԁaуѕ аgo?
Anу sure?
Неre is my wеbsite ... Same Day Payday Loans
GMi kalu peringkat diploma cmerlang boleh flight g jerman x???
ciara and 50 cent dating http://loveepicentre.com zack ryder dating
leftist dating site [url=http://loveepicentre.com/advice/]sarah lutz hilliard ohio dating[/url] bdsm free dating sites
dating red brisbane [url=http://loveepicentre.com/success_stories/]dating a new man[/url] mark zuckerberg is dating [url=http://loveepicentre.com/user/pinksky/]pinksky[/url] scott mechlowicz dating
please help me . saya budak asasi. sy dpt muet band 2 . boleh tak mohon kos engineering ? dapatkah sya kos engineering jika saya memohon dalam upu.? sya x fhm . kawan akak sy band2 dpt smbg kos engineering tp masa buat degree dia boleh repeat muet . ada tak peluang dpt kos engineering?
hai,, na tnyee,, buleh tak sy nk thu subjek2 yg diajar di ukm bg kos sains kesihatan degree,,
just nk btolkan sikit information nie..program pra diploma xda dtawarkan di um..hnya di uitm saja...dan usm saja yg dpt status APEX tu, um,ukm,upm n utm tu baru diwartakan as universiti penyelidikan, research uni, yg stdy kt ipgm hnya akan dipostingkan ke sekolah rendah sahaja xda mnengah...dan nk btolkan ckit ja lagi tntang program matrik tu..program PDT tu hnyalah program matrikulasi dua tahun utk jurusan sains sahaja, utk jurusan akaun smua satu tahun
.
yess..boleh..tpi yg tu kt ipta nnti diorg akan buat GE ( general english ) paper utk backup balik MUET
Salam, saya pelajar PJJ di USM, boleh saya tahu ada apa jenis biasiswa yang boleh dipohon oleh saya?
Assalamualaikum, saya nak tanay. Antara MMU and UNIKL which one is better? Course yang ditawarkan is information technology.
Slm nak tanya kalau result spm saya setakat 3A-(BM,SEJ,AG),1B+(TASAWWUR ISLAM),2C+(phy,chem),1C(math),2D(Bio,Bi),1E(add.math)...adakah saya bepeluang untuk mengikuti program diploma di ipta atau poli...sebenatnya result bi saya waktu trial dpt B+..dan adakah pihak upu akan membandingkan result spm kita dgn trial...harap penulis dpt bantu terima kasih....
Betul ka kalau nak ipta mmg merit 70 ke atas je?kira kalau merit 50 cmtu. Tal bole masuk ipta lah ea?
Post a Comment