SUDAH lumrah dalam mana-mana pertandingan muzik atau nyanyian, pasti kedengaran ada pihak sukar menerima keputusan.
Baru-baru ini, rakan SS memberitahu rungutan pegawai perhubungan awam (PRO) syarikat rakaman tidak berpuas hati kumpulan rock popular ini tidak mara ke final Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26).
SS difahamkan, beliau tidak dapat menerima cara penjurian terhadap kumpulan rock ini sekalipun dua lagu mereka bersaing di kalangan 30 lagu bertanding dalam tiga peringkat separuh akhir.
Mungkin pelik baginya memandangkan kumpulan ini baru menerima pengiktirafan muat turun digital tertinggi dalam salah satu anugerah berprestij pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18), bulan lalu.
Bahkan, beliau turut mempertikaikan kumpulan terbabit tidak dipilih ke final disebabkan vokalis bukan berasal dari Malaysia. Bahkan, mengapa artis solo atau berkumpulan lain dengan satu atau dua lagu boleh ke final?
Dari sudut pandangan SS pula, vokalis dan muzik ditonjolkan kumpulan ini mungkin kurang menyerlah sewaktu menyampaikan dua lagu mereka pada separuh akhir ketiga. Faktor ini mungkin disebabkan barisan juri kurang tertarik dengan persembahan ‘live’ ditonjolkan.
Lagipun penjurian bukan seorang, sebaliknya lima jadi mereka membuat keputusan sebulat suara memilih siapa paling layak. SS difahamkan beberapa kriteria diambil kira iaitu lagu ‘catchy’, sedap didengar dan disukai ramai pendengar.
Apapun, PRO terbabit mungkin boleh bersikap seperti itu kerana ukuran subjektif dan statistik adalah dua perkara sukar dibincangkan. Tidak perlu merungut atau memainkan sentimen kenegaraan kerana isu ini boleh menyentuh perasaan ramai pihak.
It's Almost
-
Ap bnde yg almost tu is that actually I'm about to reach the end of my
degree...
which is next insha'Allah as next year dah start intern
so I hope nothing b...
1 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):
terbaek
Post a Comment