Juri AJL Profesional / Tidak !!!





-Jika AIM ke ! kita melihat ada yang gigit jari apabila namanya tidak diumum sebagai pemenag sebaliknya RIM kemudiannya memperbetulkan kesilapan Juruaudit dalaman ketika membuat penilaian dan kali ini kelihatan AJL 26 seakan "pisang berbuah 2 kali" apabila sekalilagi Yuna tersenarai sebagai salah satu peserta yang tercalon untuk final diikuti Najwa Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, malah sekarang ini timbul satu persoalan adakah lagu yang tersenarai ini dipilih berdasarkan music arrangement / pertaruhan vokal menjadi ukuran... sedangkan jika dilihat dari sudut vokal Salma (aku Permata) memiliki kriteria yang disebutkan , memetik keratan akhbar Metro Online .. isu ini dibangkitkan


SUDAH lumrah dalam mana-mana pertandingan muzik atau nyanyian, pasti kedengaran ada pihak sukar menerima keputusan.
Baru-baru ini, rakan SS memberitahu rungutan pegawai perhubungan awam (PRO) syarikat rakaman tidak berpuas hati kumpulan rock popular ini tidak mara ke final Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26).

SS difahamkan, beliau tidak dapat menerima cara penjurian terhadap kumpulan rock ini sekalipun dua lagu mereka bersaing di kalangan 30 lagu bertanding dalam tiga peringkat separuh akhir.


Mungkin pelik baginya memandangkan kumpulan ini baru menerima pengiktirafan muat turun digital tertinggi dalam salah satu anugerah berprestij pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18), bulan lalu.

Bahkan, beliau turut mempertikaikan kumpulan terbabit tidak dipilih ke final disebabkan vokalis bukan berasal dari Malaysia. Bahkan, mengapa artis solo atau berkumpulan lain dengan satu atau dua lagu boleh ke final?

Dari sudut pandangan SS pula, vokalis dan muzik ditonjolkan kumpulan ini mungkin kurang menyerlah sewaktu menyampaikan dua lagu mereka pada separuh akhir ketiga. Faktor ini mungkin disebabkan barisan juri kurang tertarik dengan persembahan ‘live’ ditonjolkan.
Lagipun penjurian bukan seorang, sebaliknya lima jadi mereka membuat keputusan sebulat suara memilih siapa paling layak. SS difahamkan beberapa kriteria diambil kira iaitu lagu ‘catchy’, sedap didengar dan disukai ramai pendengar.
Apapun, PRO terbabit mungkin boleh bersikap seperti itu kerana ukuran subjektif dan statistik adalah dua perkara sukar dibincangkan. Tidak perlu merungut atau memainkan sentimen kenegaraan kerana isu ini boleh menyentuh perasaan ramai pihak.

1 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Farhan Azizi Simasadi said...

terbaek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...