Cinta Kura-Kura - Cerita ini Best Okay ♥ ♥ ♥

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Okay, cerita ini best okay. Tak rugi pun tengok. Mungkin kelembai tak berpeluang tengok Adnan Sempit 2 kat pawagam * download jelaa pasni * , tapi kelembai berpeluang tengok Cinta Kura-Kura.  Nak Sinopsis, sila minta bantuan pakcik google. hehe..:)

Cinta Kura-Kura merupakan filem yang ringan-ringan, santai-santai saja.
Watak: Aeril Zafril sebagai Adam , Tiz Zaqyah sebagai Nani , Fiz Fairuz sebagaiFadzly, Norhayati Taib sebagai mak Adam , Bob AF2 sebagai Amir , Harun Salim Bachik, Daus AF8, Munir, Tauke Raja Lawak.
Watak kura-kura : Zizan Razak (Raja Lawak) sebagai Nico, Fara Fauzana sebagai Mira, Usop Wilca sebagai Atok

Sangat memuji lah watak Nico tuu. Sejujurnya, watak Nico lah yang menambahkan lagi keseronokan dalam filem ini.Watak mak Adam pun best.

Nani yang baru pindah suka pada jirannya yang bernama Adam . Nico pulak berusaha untuk sabotaj usaha Adam untuk memikat Nani. Takut sayang Nani  kat dia berkurang agaknya. Nico letak kacang dalam cupcake sebab nak bagi adam gatal-gatal (adam alergic kacang ). Dan sampai satu saat tuu, Nico ni ambik barang peribadi Nani dan letak dalam bilik Adam. Punyalah nak bagi Nani tuu benci kat Adam.

 Nico lebih suka Nani bersama Fadzly, supervisor yang bekerja di kedai haiwan peliharaan yang sering menjadi persinggahan Nani. Sebabnya nanti hasrat Nico untuk memiliki Akuarium besar akan tercapai. Bak kata Mira, Nico ni jual ikan(selfish).

Satu hari, Fadzly tukarkan si Mira menjadi  Nico dan beri pada Nani. Then dia ambik Nico tuu dan jual pada Mr.Lim untuk dijadikan sup kura-kura di restorannya. Adakah Nico dan Atok dapat diselamatkan dari dijadikan sup*tapi bak kata nico, atok nak dibuat masak kicap.haha*? Adakah Nani terus membenci Adam? Saksikan di pawagam berdekatan.Filem ini tak menghampakan penonton.:)

Rating dari Kelembai untuk filem ni: 9/10
Kelembai tinggalkan uols dengan trailer ni okay !!!





p/s: bosan menghantui hidup , released tension sikit la !!!

0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...