FINAL DAH HABIS WOII!!!
memang aku nak jerit kuat-kuat masa keluar dari DP Utama tadi, tapi memandangkan aku seorang lelaki maskulin, aku harus menjaga tatasusila seiring dengan rukun negara yang kelima. haha. sudah, tulis blog pun dah macam tengah jawab soalan esei pengajian malaysia.
hari pertama exam,okay jer... macam gah jer aku menjawab segalanya.. yes keluar awal. tapi hari kedua beb, dah wat pasal. aku boleh tertinggal kad matrik. macam haram jadah betul lah. waktu tu jumaat kot. gila tak hot lepas solat berlari aku ke hall untuk masuk sebelum mula exam 2.45 p.m kelam kabut kot dengan konfiden aku berbaju melayu terus alat tulis and slip exam tp kad matrik ... HAMPEH dan kunci pintu. dah la tu. aku buat exercise sebab dh lambat naik tangga la.. sampai pintu utama DP , sorang lecturer tu jaga dan berkata "heys where's your matrix card.." , urm.. terdiam kejap.. memang berlari balik jer la... ! harap je study tinggi tapi bingai giler... hari ketiga dan keempat aku menjawab dengan semengah dan alhamdulillah tk de insiden tk diingi berlaku.. LAST tadi exam COSTING.. sempat kot siapkan note formula.. selalunya tkkan buat macam ni...
p/s :- aku dah belajar dari kesilapan. nak keluar bilik, wajib bawak kunci. hatta ke bilik air sekalipun..
0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):
Post a Comment