Sehari Suntuk Bersama Mr. F

Peace Yo.... :)

hari ni kelembai nk share kat korang pasal aktiviti kelembai dengan rakan sepanjang hari ini..... Ha , Tak Nak Tau ? , ala penat jer kelembai taip ni... sebelum kelembai bukak citer boleh korang teka tempat nie kat mana ?


Mr. F dan Saya di Cermin Berdimensi

Tett ! , korang lambat , kelembai dengan rakan kelembai Mr.F , pergi "bercuti" kat Petrosains ! , Kenapa? , dah tu bosan , teringin nak jadi budak-budak kejap. hahaha , apa pun this is first time kelembai ke Petrosains.. , kadang-kdang tu ada la mulut jahat cakap "rombongan sekolah kau dulu tak bawak ke sini ker?" ,... kalau kene macam tu , kelembai lancar serangan balas dengan berkata "sorry la u , i dulu rombongan sekolah pakat bawak pergi tengok masjid negara , masjid putrajaya jer lepas tu terus balik, membangkitkan keinsafan diri.. islamik la katakan"... terdiam diorang dibuatnya....

Mr.F dan Saya .. dah macam kanak-kanak riang pulak... ada kawan kata gambar nie macam autism

Serious lama sangat dalam nie , pelbagai eksperimen kelembai buat dan saksikan... ceh propa jer lebih kelembai nie kann !!! , after that lepas dah spend time hampir 2 jam dalam petrosains .. tetiba turun eksklator , ternampak cerita Jangan Pandang - Pandang, baru dityangkan... terus beli tiket wayang.. bayangkan baru habis masuk petrosains ni , lepas tu tengok wayang...
overall cerita yang menarik.. nak review.. sekejap eh kelembai search Mr. Google kejap eh !!!...


Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah.
Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika.
Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha berkata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden.
Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras.
Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak.
Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus.
Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima.
Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.
KELEMBAI SELITKAN SEDUTAN TRAILER INI.


 After that , lepass kita orang dh tengok wayang..sedar-sedar dh malam kita orang ke Times Square untuk makan malam, kebetulan waktu sampai tu.. kelihatan centre court LG floor Times Square tu macam bergelap kelembai berkata kepada rakan "apa hal la times square nie gelap jer kat tengah nie? , vincent tan dah tk cukup modal ke nak running electricity kat bahagian tengah nie"... la rupanya ada main squash kat situ.. patut la bergelap....lampu smua fokus kat pemain tuh.. tpi kelembai tak interested pun nakk tengok sport la katakan.. lepas tu kita orang pergi Wild Channel , shopping beberapa item.. and Makn kat KFC ,... banyakk kowt tiga ketul ,.. tk tau mana ayam-ayam ni sangkut kat bahagian tubuh kelembai nie... memegang kata rakan "balik ni baru diet..".. haha , .. after that kita orang call teksi and then teksi pick-up kita orang terus balik ke Hostel. penat sangat !!!


Saya dipintu masuk sudut sekilas masa

keluar dari petrosains

gara-gara student card la say dapat diskaun 15%.. harga asal RM 15 dapatla RM12.70 jer..

Mr. F yang giat menayang tiket dia.. i pun ada...

p/s - releasela tension sikit kann .. lepas habs exam nie..



1 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Anonymous said...

Definitely believe that which you said. Your favorite reason seemed to
be on the internet the simplest thing to be aware of. I say to you,
I definitely get irked while people think about worries that they just do not know about.
You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole thing without having side effect , people could take a signal.
Will likely be back to get more. Thanks

My web page ... binary option

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...