- Minggu OrienTasi Aku (Part One 1)


-- basically nak kata kenangan manis tak lah sangat , dan nak kata kenangan buruk pun tak de la , actually both sama adil senang citer bak kata org tua 'duduk sama tinggi , berdiri sama rendah' dalam post kali ini aku nak share dengan korang apa yang aku lalui selama seminggu orientasi / lebih tepat lagi 5 hari.... 

- secara rasmi aku nyatakan sekarang secara sah aku pelajar institut profesional baitulmal  


- let's short the story... aku daftar masuk hari  Isnin lebih tepat sekitar jam 12.30 p.m. actually waktu aku daftar , bercmpur baur semua perasaan , terfikir jauh dibenak fikiranku , betulkah pilihan aku nie , sedikit sangsi dengan apa yang aku lakukan... tapi apakan daya aku tidak boleh menarik diri lagi yang aku bleh buat teruskan impian aku untuk jadikannya realiti.. 

Isnin 23/05/2011 :- aku dapt kunci bilik , seawal pukul 4 aku dh ada kunci bilik dan rasa bangga bila ada kenyataan bertulis begini " Perhatian kepada mahasiswa berkenaan :- Bil 59 . Muhammad Farhan Azizi Bin Simasadi (Suite 604 , Tingkat 6 , Tanjung Aspura) " dan petang berkenaan ada la taklimat dan malam ada pembahagian kumpulan dan ice breaking . aktiviti malam tersebut berakhir jam 12.50 a.M ..

Selasa 24/05/2011 :- seawal jam 5.30 A.M , aku dah bangun tak tau tapi yang pasti , aku akan bangun awal klu environtment aku rasakan begitu baru... pagi-pagi dh bunyi hon dan kereta , that means aku tau yang KL tak pernah tidur... memandang keluar tingkap nampak KLCC dan Menara KL , umpama tak jauh sahaja , seperti biasa pergi sembahyang pukul 6.00 pagi , aku mandi dan bersiap dengan pakaian riadah terus.... wah 7.00 pagi riadah , di orang suh lari satu keliling kawasan kampus . dalam hati aku "Oh my god mampus aku" lepas tu dy tanya saper sakit terus aku angkat tangan , lagi ? macam biasa dia suruh naik atas sekitar jam 8.00 pagi and siap bebaju kemeja putih dan seluar hitam , aku dapat kad matrik sementara...


- mula belajar lagu uitm , lagu dy mood lama doe , tak upgrade ke muzik dy and aku diberi penerangan mengenai kolej dan uitm , aktiviti sehingga petang.... sebelah malamnya kami dibawa keaktiviti suai kenal dan LDK (latihan DALAM Kumpulan).. dan berakhir jam 11.45 P.M...

- Rabu 25/05/2011 , now i have kak miera dan kak iqka our fasilitator and orang ISA yang akan mengira merit dan demerit , korang mesti hairan kenapa da merit dan demerit kan ??? tapi tak pe nanti korang akan paham. hari ketiga nie dekan InED UiTM , Dato apa tah tapi yang pasti perempuan datang nak terima lafaz ikrar , sesi soal jawab dan nyanyi lagu , sebelah petang penerangan mengenai biasiswa dan pinjaman , dan yang terbaik bermula hari ini jugalak semua peserta nak masuk dewan kena melalui tangga , p/s dewan terletak ditingkat 10 menara akademik , jadi bagi mereka yang tidak sakit dan tidak ada perkara yang sedang tdak memudaratkan mereka sila menaiki tangga... aku terus declare yang aku sakit lelah.. tapi korang betul pun aku sakit tu.... petang dan malam , kita orang buat On-Line UiTM , untuk dapatkan no matrik dan kad matrik... petang tu riadah best gila salah satu permainan yang kita orang main , blind karok ... peserta kene menutup mata dan menyanyi lagu yang diberikan ...



petangnya ada satu acara cam chemistry teori lebih kurang cm ni , dy bahagi 4 kumpulan , tunjukkan bagaiman kedudukan solid , liquid dan gas , tapi mula-mula bukak mata tapi lepas tu naik level 2 kene tutup mata , waktu jadi solid semua kedudukan tengah rapat dan dalam keadaan duduk dan dengar abg fasi kata "bila saya kata 1 , 2 , 3 bukak mata tau , okay kita mula sekarang 1 , 2 , 3 bukak jer mata , gedebush , dorang main simbah air lah .. kurang ajar punya abang fasi... pada sebelah malamnya ada acara MPP dan ceramah agama, dan malam tersebut berakhir jam 12.42 AM...

- ingin tahu apa jadi pada hari khamis dan jumaat tunggu sambungan - Minggu OrienTasi Aku (Part Two 2)


0 Sayang tinggalkan komen kat SINI :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...